Kedai Siber
Public Group active 5 months, 3 weeks agoKedai Siber (KS) adalah kumpulan yang membincangkan
1001 isu pembangunan keusahawan terutamanya berkaitan matlamat
mewujudkan 1 Rumah 1 Kedai Siber (E-Commerce Cart) bagi
memperbaiki status ekonomi penduduk tempatan di Malaysia amnya
terutamanya bagi penduduk kampung dan penduduk bandar yang
berpendapatan rendah atau sederhana.
Peningkatan kos taraf hidup yang semakin meruncing saat ini ditambah
pula dengan peningkatan kos bekalan tenaga (kenaikan harga minyak,
kos pengangkutan, janakuasa elektrik dan sebagainya) kian membebankan.
Kedai Siber akan berusaha untuk melahirkan lebih banyak usahawan-
usahawan belia yang dinamik, progresif, dayasaing dari penduduk
tempatan dan secara tidak langsung memperbaiki status ekonomi
masing-masing. Hal ini secara tidak langsung telah menepati hasrat
Kerajaan dalam transformasi 1Malaysia, untuk melahirkan penduduk
negara yang berpendapatan tinggi.
Pemilikan & operasi kedai siber adalah berkos jauh lebih rendah berbanding
kedai fizikal atau pasar mini yang mana ia boleh diuruskan dengan modal
serendah RM100/setahun atau tanpa modal, bekerja secara maya iaitu
kedai mampu dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun
tanpa henti disamping tidak memerlukan pekerja tambahan atau
khidmat dari warganegara asing.
90% rezeki adalah dari berniaga. Maka dengan ini, Kedai Siber berhasrat
menjelang 2020, sekurang-kurangnya 40% warganegara Malaysia
mempunyai Kedai Siber (Kedai Online) yang memberi keuntungan
& aset masa depan.
Sertai kami untuk menjayakan misi 1 Rumah 1 Kedai Siber!
‘Masa depan anda dibentuk dari apa yang anda lakukan hari ini, bukannya esok!’
- Kedai Siber
-
hafizuddin joined the group
Kedai Siber 5 months, 3 weeks ago · View -
Muhammad joined the group
Kedai Siber 10 months, 2 weeks ago · View -
Wmtarmizi joined the group
Kedai Siber 10 months, 2 weeks ago · View -
Amin Johar posted an update in the group
Kedai Siber: 11 months ago · ViewKumpulan WangSiberCart akan adalah kumpulan sokongan berkaitan teknikal IT dalam pemilikan Kedai Siber. Anda patut menyertainya >>> http://www.wangsiber.com/groups/wangsibercart/
-
Amin Johar posted an update in the group
Kedai Siber: 11 months ago · ViewSelamat datang! Jom sertai Kedai Siber dan mulakan membina perniagaan online anda dengan kedai siber e-commerce berstatus global! Kedai anda di hujung jari! Sertai sekarang!
-
Amin Johar created the group
Kedai Siber 11 months ago · View


